Saturday, 13 October 2012

Bone-M BioScience (Malay)

Kini, sakit tulang, osteoporosis, gout, osteoarthritis, artritis rheumatoid telah menjadi penyakit umum dan biasa kelihatan di kalangan orang ramai. Keadaan ini berlaku menggambarkan kesan-kesan penuaan yang semakin serius, perubahan dalam gaya hidup dan pengabaian terhadap kepentingan kesihatan. Penyakit degenerative merupakan penyakit biasa bagi manusia yang bertamadun moden. Masyarakat kini seringkali menunggu penyakitnya sampai ke tahap yang paling serius baru mencari jalan penyelesaian. Namun demikian, pada masa itu, satusatunya cara penyelesaian adalah menjalankan pembedahan. Sesungguhnya, PENCEGAHAN ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI.
 
Bone-M™ adalah produk penjagaan kesihatan atas gabungan bahan semulajadi dan bioteknologi. Bahan-bahan mentahnya terdiri daripada hidrolisat kolagen dari Jerman yang mempunyai teknologi tinggi dalam proses pengekstrakan dan penguraian, ekstrak manggis yang dikawal ketat proses penuaian, pemprosesan dan pengekstrakannya, probiotik antiradang, inulin, kalsium laktat, vitamin C, serbuk manga dan Stevia.
 
Jisim tulang akan meningkat beransur-ansur semasa proses pertumbuhan, tetapi kualiti tulang akan menurun pada pertengahan umur, biasanya adalah selepas umur 30 tahun. Setiap tahun, kira-kira 15% tulang dewasa akan bertumbuh semula, maka kadar penyerapan dan pembentukan tulang yang tidak sekata akan menyebabkan kualiti tulang semakin menurun dan mengakibatkan osteoporosis. Dalam tubuh manusia, terdapat 90% protein rawan merupakan kolagen, manakala 80% protein tulang, tendon, otot dan 70% protein kulit adalah kolagen. Oleh itu, komponen utama rambut, kuku, saluran darah, organ-organ badan dan lain lain juga terdiri daripada kolagen. Jika tubuh manusia kekurangan kolagen, gejala-gejala berikutnya mungkin akan berlaku:
 
1) artritis
2) osteoporosis
3) tulang belakang dan tulang rawan akan cepat haus dan lusuh
4) keanjalan dinding saluran darah semakin kurang
5) penyakit kardiovaskular
6) masa untuk luka sembuh semakin panjang
7) kulit semakin tua dan berkedut
 
Beberapa kajian telah membuktikan bahawa pengambilan 10g hidrolisat kolagen setiap hari bagi tempoh 4 hingga 24 minggu akan meningkatkan ketumpatan tulang. Kajian telah menunjukkan bahawa apabila metabolit hidrolisat kolagen terdapat dalam matriks luar sel, osteoblas iaitu sel yang bertanggungjawab untuk pembentukan sel-sel tulang akan dirangsang dan mencetuskan pembentukan tulang.
 
 
Rajah 1: Kajian tentang aktiviti hidrolisis kolagen dalam tulang rawan.
 
Kajian Oesser et. al. (1999) telah membuktikan bahawa lebih daripada 95% hidrolisat kolagen yang telah dilabelkan dengan 14C dan diambil melalui pemakanan akan diserap. Beliau juga menunjukkan bahawa dalam masa 12 jam selepas pengambilan adalah saat yang paling kritikal kerana hidrolisat kolagen akan berkumpul di dalam tulang rawan dan tahap aktivitinya akan meningkat sebanyak dua kali ganda jika berbanding dengan kumpulan kawalan (Rajah 1). Hidrolisat kolagen yang dimakan akan diserap oleh usus dan kemudian melalui dinding usus dan sampai ke tulang atau tisu rawan, seterusnya merangsang pembentukan rawan atau tulang.
 
Selain daripada hidrolisat kolagen, Bone-M™ turut mengandungi ekstrak manggis. Proses pengekstrakan manggis mempunyai kawalan kualiti yang ketat dan terjamin, dari pengurusan lading sampai proses penuaian juga dilakukan di bawah kawalan yang profesional. Proses pengekstrakan manggis telah dilakukan dengan menggunakan proses pengekstrakan yang berteknologi tinggi dan pengendalian juruteknik yang terlatih, dan juga cara pengekstrakan yang semulajadi untuk memperolehi intipati ekstrak buah manggis dan mengeringkannya menjadi serbuk ekstrak manggis.
 
Sejak kebelakangan ini, manggis semakin menjadi popular kerana ia kaya dengan ramuan yang sangat berkhasiat dan semakin menarik perhatian peyelidikpenyelidik. Setakat ini, terdapat beribu-ribu laporan mengenai penyelidikan manggis. Kajian-kajian tersebut telah menunjukkan manggis atau dengan nama saintifiknya, Garcinia mangostana kaya dengan Xanton (Xanthones), terutamanya kulit manggis. Menurut laporan penyelidikan, Xanton membantu dalam anti-radang, anti-pengoksidaan, anti-bakteria, anti-histamin, cirit-birit dan pencegahan kanser. Cyclooygenase terdapat dalam dua bentuk, iaitu COX-1 dan COX-2, mereka merupakan enzim-enzim yang memainkan peranan yang penting dalam proses keradangan di mana mereka memanipulasikan kadar pembentukan prostaglandin. γ-mangostin ialah sejenis derivative daripada Xanton dan ia telah dibuktikan bahawa γ-mangostin dapat menghalang aktiviti COX dan memainkan peranannya dalam aktiviti anti-radang.
 
Rajah 2: Struktur kimia γ-mangostin
 
Selain daripada kesan anti-radang, Xanton turut berfungsi sebagai anti-pengoksidaan yang bagus di kalangan ekstrak tumbuh-tumbuhan. Jadual 1 mengambarkan ekstrak manggis mempunyai 77.80% aktiviti anti-pengoksidaan.
 
 
Jadual 1: Aktiviti anti-pengoksidaan tumbuhan perubatan dari Thailand.
 
Di samping ekstrak manggis mempunyai kesan antiradang dan anti-pengoksidaan, probiotik yang terkandung dalam Bone-M™ juga mempunyai aktiviti anti-radang dan ia merupakan genus Lactobacillus dan melalui peningkatan IL-10, probiotik ini dapat mencegah penyakit artritis reumatoid. Rajah 3 mempamerkan bahawa kajian telah dilakukan ke atas 7 jenis probiotik, keputusan kajian menunjukkan probiotik tertentu iaitu Lactobacillus reuteri dapat meningkatkan IL-10.
 
(Nota: IL-10 ialah sejenis sitokin yang dapat menghalang kesan radang.)
 
 
Rajah 3: Kajian ke atas probiotik terhadap IL-10.
 
Menurut rekod American Journal of Clinical Nutrition, inulin berkeupayaan untuk meningkatkan penyerapan kalsium dalam tubuh manusia dan seterusnya menguatkan tulang. Tambahan pula, inulin dalam Bone-M™ juga memainkan peranan untuk mempertingkatkan peristalsis usus. Semasa proses pembaikpulihan rawan, penyerapan kalsium merupakan langkah yang amat penting, maka demikian, kalsium laktat akan bertindak sebagai tambahan nutrisi untuk merawat dan mencegah masalah kekurangan kalsium dan memastikan tulang yang kuat dan membantu dalam keseimbangan tahap kalsium dalam tubuh manusia. Malahan, vitamin C dan serbuk buah mangga dalam Bone-M™ mempunyai fungsi anti-pengoksidaan dan berperanan penting dalam pembentukan kolagen tubuh, rawan, otot dan saluran darah. Selain daripada itu, serbuk buah mangga mengandungi biokimia tumbuhan yang semulajadi, termasuk β-karoten, vitamin C dan tembaga. Berdasarkan laporan Institut Makanan dan Bioteknologi Jerman, ekstrak mangga mempunyai kesan anti-radang yang tinggi. Rasa kemanisan Bone-M™ adalah daripada sumbangan stevia, iaitu pengganti gula yang diekstrak secara semula jadi dan tidak mengandungi sebarang kalori, karbohidrat dan indeks glisemiknya adalah sifar. Oleh itu, Bone-M™ adalah sesuai untuk pesakit kencing manis.
 
Rujukan
  • Oesser, S and J Seifert. 2003. Stimulation of type II collagen biosynthesis and secretion in bovine chondrocytes cultured with degraded collagen. Cell Tissue Res. 311: 393-9.  
  • Eggersgluss, B. 1999.GelatineHydrolysate and its Health Aspects.Eur Food Drink Rev. Autumn.  
  • Oesser, S, M Adam, W Babel, and J Seifert. 1999. Oral Administration of 14C labeled gelatin hydrolysate leads to an accumulation of radioactivity in cartilage of mice (C57/BL). J. Nutr. 129:1891-5. 
  • Fernandez, JL and OM Perez. 1998. Effects of gelatinehydrolysates in the prevention of athletic injuries. Archivos de MedicinadelDeporte. 15:277-82. 
  • Flechsenhar, KR and D Alf. 2005. Results of a postmarketing surveillance study. Orthopaedische Praxis.41:486-94. 
  • Clark KL, W Sebastianelli, KR Flechsenhar, DF Aukermann, F. Meza, RL Millard, JR Deitch, PS Sherbondy, and A Albert. 2008. 24-week study on the use of collagen hydrolysate as a dietary supplement in athletes with activity-related joint pain. Curr Med Res Opin. 24:1485-96. 
  • Gelatin. 2002. National Organic Standards Board Technical Advisory Panel Review Compiled by Organic Materials Review Institute for the USDA National Organic Program.
  • Daniel J. Berg, Juan Zhang, Dina M. Lauricella, and Steven A. Moore. 2001. IL-10 Is a Central Regulator of Cyclooxygenase-2 Expression and Prostaglandin Production. The Journal of Immunology, 166: 2674–2680. 
  • Xiaoling Zhang, Zebing Mao, Changlong Yu. 2004. Suppression of early experimental osteoarthritis by gene transfer of interleukin- 1 receptor antagonist and interleukin- 10. Journal of Orthopaedic Research 22: 742-750. 
  • Wolf B.W., Wheeler K.B., Ataya D.G., and Garleb K.A. 1998. Safety and tolerance of Lactobacillus reuterisupplementation to a population infected with the Human Immunodeficiency Virus. Food and chemical toxicology 36: 1085-1094. 
  • VéroniqueCoxam. 2007. Current Data with Inulin-Type Fructans and Calcium, Targeting Bone Health in Adults. J Nutr. 2007 Nov;137(11 Suppl):2527S-2533S. 
  • Adolphi B, et al. Short-term effect of bedtime consumption of fermented milk supplemented with calcium, inulin-type fructans and caseinphosphopeptides on bone metabolism in healthy, postmenopausal women. Eur J Nutr. 2009 Feb;48(1):45-53. Epub 2008 Nov 21. Ramirez-Farias C, et al. Effect of inulin on the human gut microbiota: stimulation of Bifidobacteriumadolescentis and Faecalibacteriumprausnitzii. Br J Nutr. 2009 Feb; 101(4): 541-50. 
  • Levenson, D.I. &Bockman, R.S. (1994).A review of calcium preparations.Nutr. Rev, 52(7), 221-232. 
  • M.J. Coelho, M.H. Fernandes. (2000). Human bone cell cultures in biocompatibility testing. Part II: e!ect of ascorbic acid, b-glycerophosphate and dexamethasone on osteoblastic differentiation. Biomaterials 21: 1095-1102. 
  • Joel A. Simon & Esther S. Hudes.(2001). Relation of Ascorbic Acid to Bone Mineral Density and Self-reported Fractures among US Adults.American Journal of Epidemiology. Volume 154, Issue 5 Pg. 427-433. 
  • Abdelnaser A.E. &Shinkichi T. (2010).Preliminary phytochemical investigation on Mango (MangiferaindicaL.)Leaves. World Journal of Agricultural Sciences 6(6): 735-739. 
  • Lina BA, Jonker D, Kozianowski G. 2002. Isomaltulose (Palatinose): a review of biological and toxicological studies. Food ChemToxicol. Oct;40(10):1375-81. 
  • Birkhed, D.; Takazoe, I.; Frostell, G. 1987. New experiments on palatinose (isomaltulose) as a sugar substitute. DtschZahnarztl Z 42(10, Suppl. 1):S124-S127. 
  • Glinsmann, W.H.; Irausquin, H.; Park, Y.K. 1986. Evaluation of health aspects of sugars contained in carbohydrate sweeteners. Report of Sugar Task Force, 1986. J Nutr 116 (11, Suppl):S1, S17 & S48-S92.
  • Akashi H.New natural Stevia sweetening agent. Hakko to Kogyo 1977; 35:1027. 
  • Brusick DJ. A critical review of the genetic toxicity of steviol and steviol glycosides. Food ChemToxicol 2008 Jul;46Suppl 7:S8391. 
  • Liu Z. A review of Stevia rebaudianain China.ZhonguaYaoxueZazhi. 27(5):25962.
  • Heaney, R.P. (2000). Calcium, dairy products and osteoporosis.J.AmCollNutr, 19(2 Suppl), 83S-99S.

Soalan-soalan Lazim (FAQs)
 
1) Apakah itu Bone-M™?
Bone-M™adalah satu formula yang unik dengan pengesahan saintifik untuk kebaikan tulang dan sendi.
 
2) Apakah ramuan Bone-M™?
Komponen utama Bone-M™adalah hidrolisat kolagen, ekstrak manggis, probiotik anti-radang, vitamin C, inulin, kalsium laktat, serbuk buah mangga, isomalt dan Stevia.
 
3) Apakah kebaikan Bone-M™?
Anti-radang dan melegakan kesakitan, pembaikpulihan rawan, penambahan kalsium, peningkatan peristalsis usus dan sesuai untuk pesakit kencing manis.
 
4) Apakah keistimewaan Bone-M™?
Selepas mengambil Bone-M™, kesan antiradang dan kelegaan kesakitan akan terasa dengan segera, pada masa yang sama, pembaikpulihan rawan berlaku dan penyerapan kalsium juga terlibat. Selain itu, berat badan turut terurus dan melegakan tekanan tulang dan sendi.
 
5) Berapa lamakah jangka hayat Bone-M™?
Jangka hayat Bone-M™ ialah 24 bulan jika diletakkan di tempat yang sejuk dan kering.
 
6) Berapa lamakah kesan pengambilan Bone-M™ dapat dilihat?
Untuk kesakitan sendi yang ringan, kesan pengambilan Bone-M™akan terlihat dalam tempoh seminggu, namun jika keadaan yang serius, jumlah pengambilan Bone-M™ harus ditambah dan kesannya akan kelihatan dalam masa sekurang-kurangnya 3 bulan. Pengambilan untuk jangka masa yang panjang akan membantu dalam memperlahankan proses penuaan dan menjaga kecantikan dan kelihatan muda.
 
7) Bagaimanakah cara pengambilan Bone-M™?
Tuangkan satu paket kecil Bone-M™ ke dalam 200 ml air bersuhu bilik, kacau dan minum.
 
8) Selepas mengambil Bone-M™, apakah perkara yang perlu diperhatikan?
Sila memastikan sebanyak 6-8 gelas (2 L) air diminum sepanjang hari.
 
9) Jika tiada masalah sakit sendi atau tulang, adakah sesuai untuk mengambil Bone-M™?
Ya, kerana pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati.
 
10) Jika terlebih dos Bone-M™, apakah kesan sampingan akan dihadapi?
Tidak, Bone-M™ bukan ubat jenis dadah, maka ia tidak akan mengakibatkan apa-apa kesan sampingan.